Cybersecurity - Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri
11 Jun 2026 | Aktiviti Terkini11 Jun 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi webinar Cybersecurity yang bertajuk Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri
Sepanjang webinar ini dijalankan, peserta didedahkan kepada pelbagai kaedah yang boleh menyebabkan hak bantuan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko penyalahgunaan bantuan kerajaan akibat kecuaian dalam menjaga keselamatan maklumat peribadi. Isu seperti baki bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah habis digunakan walaupun penerima tidak pernah membuat sebarang pembelian menunjukkan betapa pentingnya aspek keselamatan siber dan perlindungan identiti pada masa kini.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: